Halwa maskat
Halwa maskat

Halwa maskat

Halwa maskat merupakan sejenis hidangan manis tradisi yang dihidangkan hanya pada hari perayaan. Ia merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang.Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung, dan gula.[1]Rahsia menghasilkan Halwa maskat yang bermutu bukan sekadar bergantung kepada sukatan bahan yang betul, tetapi juga kepada kaedah penghasilannya yang rumit dan memakan masa dari persediaan sehingga proses mengacau adunan secara berterusan.Adunan bagi menghasilkan Halwa maskat perlu diperam selama tiga hari tiga malam sebelum dikacau pada api yang perlahan selama lima jam tanpa henti. Sekiranya tidak, campuran tersebut mungkin berkerak dan hangit.